PERBEZAAN KRISTIAN DENGAN ISLAM
Perbezaan antara kedua-dua agama ini luas untuk kita
diskusikan, banyak sudut-sudut perbezaan yang ada. Oleh kerana anda tidak
spesifikkan ‘perbezaan’ tersebut, saya sentuh secara agak luas tetapi ringkas.
PERBEZAAN DARI SUDUT MASA
Agama Kristian sudah berusia lebih 2 000 tahun manakala Islam
lebih daripada 1 400 tahun.
PERBEZAAN DARI SUDUT PEMBAWANYA
Kristian dibawa oleh Nabi Isa a.s, yang dikenali juga sebagai
Jesus. Dia dinamakan ‘Jesus’ kerana dialah penyelamat kaum Bani Israil
sebagaimana yang diterangkan dalam Bible:
“Maka dia akan beranakkan seorang anak lelaki, dan hendaklah
kamu menamakan dia Jesus, kerana dialah yang akan melepaskan kaumnya (Bani
Israil) daripada segala dosa.” (Bible Matius 1:21)
Islam dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, yang juga dikenali
sebagai Ahmad. Di dalam Bible, Nabi Muhammad juga dikenali sebagai ‘Seumpama
Musa’, ‘Nabi Itu’, ‘Pahlawan’, ‘Yang Tidak Dapat Membaca’, ‘Paracletos’,
‘Penghibur’, ‘Roh Kebenaran’, ‘Himada’, ‘Dia Yang Datang Kemudian Daripadaku’,
‘Dia Yang Digerakkan Dari Timur’ dan lain-lain.
DARI SEGI PENERIMAAN
Agama Kristian menolak pembawa agama Islam iaitu Nabi
Muhammad dan melabelnya sebagai syaitan. Agama Islam pula menerima dan
mengimani Jesus sebagai salah seorang Rasul. Mana-mana orang Islam yang tidak
mengimani Jesus sebagai Rasul, maka imannya dikira rosak.
“Muhammad ialah kepala perompak, pemuas hawa nafsu, penderita
penyakit ayan, mempunyai sifat-sifat syaitan.” (Martin Luther dalam bukunya Verlegung Alcaras Bruder
Ricaldi)
Bahkan ibu kepada Jesus iaitu Maryam sangat dimuliakan dalam
al-Quran hinggakan salah satu daripada surah dalam al-Quran dinamakan surah
Maryam/ Mariam. Tidak ada surah bernama Aminah- ibu Nabi Muhammad tetapi ada
surah sempena nama ibu kepada Jesus. Tidak ada nama surah sempena ama
isteri-isteri Muhammad seperti Khadijah, Aisyah, Zainab dan tidak ada juga
surah sempena nama Fatimah, anaknya. Hal ini menunjukkan Nabi Muhammad memang
tidak ada pilihan untuk berbuat sesuka hati dengan isi kandungan al-Quran. Kerana
apa? Kerana isi kandungan al-Quran itu sepenuhnya datang daripada Bapa/ Allah.
“Al-Masih anak Maryam itu tidak lain seorang rasul yang telah
didahului sebelumnya beberapa orang rasul, dan ibunya seorang wanita yang amat
benar…”
(Al-Quran al-Maidah: 75)
“…Isa anak Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di
akhirat…”
(Al-Quran Aali Imran: 45)
PERBEZAAN DARI SEGI SUMBER
Ajaran Kristian bersumberkan kitab Bible yang terdiri
daripada The Old Testament (Perjanjian Lama) dan The New Testament (Perjanjian
Baru) manakala agama Islam bersumberkan kitab suci al-Quran, yang juga dikenali
sebagai The Last Testament (Perjanjian Terakhir).
PERBEZAAN DARI SEGI ISI KANDUNGAN SUMBER
Isi kandungan Bible bercampur-aduk antara firman Tuhan, sabda
Jesus dengan tulisan para sejarahwan. Perjanjian Akhir pula berisi firman Tuhan
semata-mata. Sabda Nabi Muhammad dinamakan ‘hadis’ dan tidak bercampur dengan
al-Quran. Nukilan para sejarahwan Islam pula dinamakan ‘tarikh’ dan tidak
bercampur dengan al-Quran ataupun hadis. Dengan itu, al-Quran ‘solid’ 100%
firman Tuhan.
PERBEZAAN DARI SEGI MATLAMAT
Agama Kristian bermatlamat untuk menyelamatkan kaum Bani
Israil sahaja manakala agama Islam bermatlamat untuk menyelamatkan seluruh umat
manusia.
“Maka dia akan beranakkan seorang anak lelaki, dan hendaklah
kamu menamakan dia Jesus, kerana dialah yang akan melepaskan kaumnya (Bani
Israil) daripada segala dosa.” (Bible Matius 1:21)
PERBEZAAN DARI SEGI AKIDAH
Umumnya Kristian menyembah tiga Tuhan dalam satu yang
dikenali sebagai triniti ataupun trinitas. Triniti ini ada beberapa versi dan
yang paling popular ialah kesatuan antara Bapa, Anak dan Roh Kudus.
Ketiga-tiganya dianggap setara dan satu peribadi. Islam pula menyembah Tuhan
Yang Esa iaitu Bapa sahaja. Umat Islam menyembah Bapa seorang. Bagi Islam,
Anak, Roh Kudus, Mariam ataupun yang lain-lain bukanlah Tuhan tetapi makhluk.
“Pada waktu itu berkatalah Jesus: "AKU BERSYUKUR
KEPADA-MU BAPA- TUHAN LANGIT DAN BUMI, kerana semuanya itu Engkau sembunyikan
bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada orang kecil.”
(Bible Matius 11: 25)
Namun begitu, ada sebilangan kecil umat Kristian yang
berfahaman Unitari- yang menyembah Bapa sebagai satu-satunya Tuhan sebenar.
PERBEZAAN DARI SEGI GEOGRAFI
Kristian bermula di Baitul Laham (Bettlehem) ataupun
sekitarnya manakala Islam bermula di Makkah. Kini Kristian lebih berkembang di
Amerika, Eropah dan Australia yang biasa kita sebut sebagai Barat. Islam pula
lebih berkembang di Tanah Arab, Afrika, Nusantara, China, Khurasan dan lain-lain
yang biasanya disebut sebagai Timur.
PERBEZAAN DARI SUDUT SEJARAH
Sebaik-baik sahaja Nabi Jesus tiada, agama Kristian
meneruskan kehidupannya secara sulit-sulit, ditolak, diperintah, ketakutan,
ditindas, pembawanya tidak ramai, banyak pembawanya yang dibunuh ataupun
ditangkap, kitab sucinya tidak dihafaz dan lain-lain yang memungkinkan ajaran
asalnya tidak sampai 100% kepada kita hari ini.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad, agama Islam tersebar secara
terang-terangan, meluas, memerintah, tersusun dan sistematik, pembawanya ramai
bertebaran ke Timur dan ke Barat, diterima orang, kitab sucinya dihafaz
perkataan demi perkataan oleh ratusan (secara terpisah-pisah oleh ribuan orang)
dan sebagainya yang memungkinkan ajaran asalnya masih kekal 100% hingga ke hari
ini. Kini penghafaz keseluruhan al-Quran ada puluhan ribu orang. Berapa orang
yang menghafaz keseluruhan Bible yang asal?
PERBEZAAN DARI SUDUT PENYEBARAN
Agama Kristian lebih banyak tersebar melalui penaklukan dan
kekerasan. Agama Islam pula lebih banyak tersebar melalui dakwah dan
perdagangan. Antara buktinya, agama Islam lebih dahulu tiba di Asia berbanding
agama Kristian. Ia dibawa oleh para pendakwah dan pedagang. Tapi sebaik-baik
sahaja Barat menemui jalan ke Timur, mereka datang dengan kapal perang dan
slogan ‘Gospel, Gold & Glory’ lalu menakluk dan menjajah India, Tanah
Melayu, Indonesia, Filipina, Indo-China hinggalah ke China. Islam masuk ke
Melaka tanpa pertumpahan darah. Kita bandingkan dengan cara Kristian masuk ke
Melaka.
PERBEZAAN DARI SEGI TEMPAT IBADAH
Umat Kristian beribadah di gereja walaupun Nabi Isa dan para
sahabatnya sendiri beribadah di sinagog (rumah ibadah agama Yahudi). Nabi Isa
tidak pernah membina gereja ataupun menyuruh dibuatkan gereja. Umat Islam
beribadah di masjid, sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad.
PERBEZAAN DARI SEGI QIBLAT
Qiblat Kristian ialah ke Baitul Maqdis manakala Qiblat umat
Islam ke Masjidil Haram di Makkah. Asalnya qiblat umat Islam juga ke Baitul
Maqdis tetapi Bapa memerintahkannya ditukar ke Qiblat pertama umat-umat
terdahulu iaitu ke Makkah kembali.
PERBEZAAN DARI SEGI PERLAKUAN PARA PEJUANG
Ketika Tentera Salib menakluki Jerusalem, ribuan umat Islam
yang menyerah, kebanyakannya bukan tentera tetapi kanak-kanak, wanita dan
golongan tua dibunuh. Ketika Sultan Salahuddin al-Ayyubi mendapat semula kota
tersebut daripada tentera Kristian, semua penganut agama Kristian termasuklah
para tentera yang menyerah kalah dibebaskan. Malah perjalanan mereka berpindah
keluar daripada Jerusalem diawasi oleh tentera Islam agar keselamatan mereka
terjamin.
PENGANUT YANG LEBIH RAMAI
Di peringkat antarabangsa, perangkaan yang biasa saya lihat
menunjukkan penganut agama Kristian lebih banyak daripada penganut agama Islam.
Perangkaan rasmi inilah yang kita pakai. Namun begitu, keraguan tetap timbul
memandangkan agama Islam begitu pesat berkembang di Amerika, Eropah dan Afrika
melebihi perkembangan agama Kristian. Banyak gereja dan bangunan dibeli lalu
digantikan fungsinya dengan masjid. Lagi pula, banyak orang Barat yang pada
pengenalan diri mereka tertulis agama Kristian sebenarnya tidak menganut
mana-mana agama dan lebih suka menjalani kehidupan sebagai seorang atheis.
Secara tidak rasminya saya memandang jumlah umat Islam melebihi jumlah umat
Kristian.
MENGAPA MUSLIM LEBIH RAMAI?
Baiklah. Katakanlah kita memakai kenyataan anda bahawa Muslim
lebih ramai. Mengapa lebih ramai walaupun Islam memberi laluan kepada Kristian
untuk memecut 600 tahun lebih awal? Banyak faktor-faktornya. Antara yang utama
ialah:
Islam lebih dulu sampai ke Timur. Penduduk Timur lebih banyak
daripada Barat. Dan kedatangan Islam adalah dengan jalan damai, dagang dan
kasih sayang sedangkan kedatangan Kristian adalah dengan jalan perang,
penaklukan dan penjajahan. Kekejaman para pimpinan Kristian dalam pembunuhan
ratusan ribu manusia tidak bersalah di Hiroshima dan Nagasaki tidak akan
dilupakan orang, dan inilah keganasan paling besar dalam sejarah. Imej agama
Kristian sering saja dikaitkan dengan keganasan tetapi hari ini media-media
cuba meletakkan ‘keganasan’ agar menjadi imej Islam, namun begitu sejarah tidak
boleh dibohongi.
Ajaran Islam selaras dengan fitrah manusia dan fitrah alam
serta pengetahuan sains. Islam tidak pernah bertentangan dengan ilmu
pengetahuan.
Islam memandang manusia sama rata. Tidak ada sistem kasta
ataupun dasar ‘apartheid’. Tidak ada perbezaan antara bangsa Timur dengan bangsa
Barat, kulit putih dengan kulit berwarna.
Sumber utama agama Islam iaitu al-Quran The Last Testament
masih terpelihara sebagaimana yang asal sedangkan kitab Bible berisi banyak
kesalahan, penyelewengan dan ubahsuaian.
Kebenaran Islam dan Nabi Muhammad sudah disebut dalam
kitab-kitab terdahulu sama ada secara jelas ataupun berkias.
Kitab Perjanjian Akhir tidak berisi cerita-cerita lucah. Hal
ini membuatkan ia lebih mudah diterima sebagai firman Tuhan berbanding Bible.
Semua persoalan pokok dalam ajaran Islam ada sandaran kukuh
dan boleh dihujahkan hingga mendapat keputusan yang diakui. Walau serosak
manapun umat dan persoalan-persoalan cabangan, agama Islam itu tetap benar
kerana asasnya adalah benar. Bagi agama Kristian, perosalan-persoalan pokoknya
kurang sandaran kukuh, mengelirukan, mengandungi kesalahan dan seumpamanya.
Walau sebaik manapun umat dan persoalan-persoalan cabangannya, agama Kristian
tetap diragukan kerana persoalan asasnya tidak beres.
Hukum-hakam Islam lengkap sebagai satu perundangan dalam
seluruh aspek kehidupan manusia. Perundangan dalam agama Kristian tidak
menyeluruh menyebabkan mereka terpaksa mencipta pelbagai hukum-hakam untuk
melengkapkan kehidupan mereka. Contohnya undang-undang perceraian, tidak ada
dalam agama Kristian. Mereka terpaksa mencipta atau mencedok dari mana-mana
untuk mendapatkan undang-undang tentangnya.
Oleh kerana tidak mampu menjelaskan banyak perkara, agama
Kristian hari ini terdorong untuk menjadikan para penganutnya beriman secara
buta. Banyak perkara perlu diterima tanpa perlu dipersoalkan. Cukup dengan kita
menyayangi Jesus dan Jesus menyayangi kita. Hari ini manusia semakin
berpelajaran tinggi. Mereka tidak boleh menerima sesuatu tanpa ada alasan yang
kukuh. Mereka tidak mahu memperjudikan agama mereka dengan sekadar
mengikut-ikut tetapi mesti dengan kajian. Dalam hal ini, agama Islam jelas dan
mudah. Manusia bebas mengkaji dan mendapat keputusan, bukan sekadar ‘mesti ikut
dan mesti percaya’ sahaja.
"Kasihilah Tuhan kamu... DENGAN SELURUH AKAL" (Bible Markus 12:30)
"Allah adalah Allah yang suka akan ketertiban, bukan
kekeliruan". (Bible Korintus 1 14:33)
Konsep keTuhanan dalam agama Kristian tidak selaras dengan
konsep Tuhan yang sebenar. Dengan memeluk Islam, konsep keTuhanan kita begitu
jelas dan mudah. Sembah Bapa sahaja sebagai Tuhan, selain Bapa semuanya
makhluk.
“Inilah kehidupan yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal
Engkau Tuhan Yang Esa (Satu), dan Jesus Kristus yang telah Engkau suruhkan
itu.” (Yohanes 17:3)
“Dan janganlah kamu menyebut sesiapapun Bapa di bumi ini,
kerana ada satu sahaja Bapamu, iaitu Dia yang di syurga.” (Matius 23:9)
"Kita juga tahu bahawa ALLAH HANYA SATU IAITU BAPA tidak
ada yang lain. Sekali pun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik di syurga
mahu pun yang di bumi, tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang
menciptakan segala sesuatu, dan untuk Dialah kita hidup.” (Korintus 1 8:5-6)
Ini semua ayat-ayat dari Bible sendiri.
PENUTUP
Setakat itu sajalah penjelasan yang mampu saya berikan buat
masa ini. Semoga penerangan ringkas ini dapat memberikan sedikit kepuasan
kepada anda. Sekiranya anda masih mahukan penjelasan dan tukar-tukar fikiran
lebih lanjut, jangan segan-segan untuk mengajukannya, saya bersedia membantu.
Akhirnya, sebagai memenuhi permintaan para rasul dan nabi
terdahulu yang menyuruh manusia mengikut rasul-rasul dan nabi-nabi terkemudian,
dan para rasul dan nabi terkemudian termasuklah Jesus yang menyuruh manusia
supaya mengikut Nabi Muhammad, dan seterusnya mengikut Nabi Muhammad yang
menyuruh agar Islam disampaikan kepada seluruh umat manusia…
… saya menawarkan kepada anda agama Islam untuk dijadikan
sebagai pegangan hidup dan mati. Yang dengannya kita akan mendapat kejayaan dan
keselamatan dalam hidup sesingkat 70-80 tahun di dunia ini, dan dengannya jugalah
kita akan mendapat kejayaan dan keselamatan dalam hidup bertrillion tahun
(selamanya) di akhirat nanti. Dengan memilh Islam, bermaksud kita mendapat
Muhammad dan masih mendapat semua para rasul termasuklah Musa dan Jesus, keraan
mereka semua adalah para utusan Tuhan yang mesti diimani oleh seseorang yang
beragama Islam.
Semoga tidak menjadi salah faham, kata-kata saya di atas
adalah berupa satu tawaran ataupun saranan, bukannya gesaan dan jauh sekali
paksaan. Tidak ada paksaan dalam beragama. Anda bebas mengkaji dan memilih.
Membuat pilihan atas kajian adalah lebih berkualiti dariapda membuat pilihan
atas dasar ikut-ikutan. Dalam beragama kita mesti hendakkan kepuasan dan
kejelasan.
Salam hormat dari saya.
'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'