Thursday, 21 August 2014

OBJEKTIF KAJIAN , KESIMPULAN DAN RUJUKAN


 OBJEKTIF KAJIAN
  •         Menentukan perbezaan bentuk pengamalan antara agama Islam dan Kristian.
  •          Mengkaji konsep penyucian jiwa menurut Islam dan Kristian.
  •          Mengkaji konsep ketuhanan menurut Islam dan Kristian.
  •          Mengkaji ciri-ciri akidah  menurut Islam dan Kristian.
  •          Menjelaskan bentuk ajaran yang diamalkan oleh agama Islam dan Kristian.
  •          Membandingkan bentuk  kepercayaan yang difahami oleh agama Islam dan Kristian.


KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan ,setelah dinyatakan beberapa perbezaan yang terkandung di dalam ajaran Islam dan juga ajaran Kristian, didapati bahawa idealogi atau kepercayaan dan juga perlaksanaan ibadat yang terkandung di dalam ajaran Kristian adalah berbeza dan bercanggah dengan akidah atau kepercayaan agama Islam. Ini disebabkan oleh doktrin-doktrin yang diaplikasikan dalam ajaran Kristian dimana berhubungkait dengan ketuhanan Nabi Isa atau dikenali Jesus Christ iaitu orang perantaraan dalam konteks pengampunan dosa.
                                                                                                          
Sedangkan dalam ajaran Islam, kepercayaan dan semua perbuatan yang kita lakukan di dunia ini hanyalah semata-mata kerana Allah dan kita sepatutnya menyerah diri hanya kepada Allah yang mana tidak ada tuhan lain selain daripadaNya dan tidak ada simbol mahupun lambang yang digunakan dalam peribadatan umat Islam melainkan Allah itu wujud di dalam hati dan tidak dapat dilihat oleh pancaindera manusia.

Akhir sekali terpulanglah kepada individu itu untuk memilih agama yang dirasakan berada pada jalan yang benar kerana agama di dunia ini banyak dan agama yang diakui benar hanyalah satu iaitu Islam seperti mana firman Allah :

(surah Al-Imran; Ayat 19)

 Maksudnya:….Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.


RUJUKAN

Sumber utama bagi menyiapkan tugasan ini adalah BUKU TEKS PENGAJIAN MALAYSIA  di dalam bab 8 . Di samping itu, pensyarah kami iaitu Pn Aishah Bte Abd Rahman juga merupakan tempat rujukan sekiranya kami mengalami sebarang kekeliruan.

Selain itu, kami juga telah menggunakan beberapa kaedah  bagi mengumpulkan bahan kandungan untuk menjayakan pembentangan tajuk ini., antaranya :
·         Lawatan ke Perpustakaan Raja Tun Uda
-  Perpustakaan Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam
              
·         Bahan rujukan
-          Muka surat 70 di dalam buku Ulangkaji total terkini  SPM SEJARAH ,
 KARYA Haji Nasir B. Haji Sulaiman & Mary Tan Swee Ee

·         Internet




No comments:

Post a Comment